Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 29, 2011

happy New Year

Posted by Adni Bakery at 9:00 PM 0 comments


Syukur kehadrat Ilahi dgn limpah kurnia-NYA yg tak dapat dihitung.. alhamdulilah.. aku masih lagi dapat menghembus nafas di atas bumi ini, walaupun hanya utk sementara.

2011 akan meninggalkan kita.. 2012 akan menjelma. Apa azam yg dipahat di dada diharap akan menjadi kenyataan 2012. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan seharian. Selamat tinggal 2011, bye bye..

Kepada :
1. AYAH YG DISAYANGI: SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERTA SIHAT SELALU

2. MAK TERCINTA: SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERTA SIHAT SELALU

3. MAK MERTUA TERCINTA: SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERTA SIHAT SELALU

4. SUAMI : SEMOGA APA YG DIIMPIKAN TERCAPAI, SEMOGA HIDUP KITA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT,SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERTA SIHAT SELALU, SEMOGA APA YG BERLAKU DLM KEHIDUPAN KITA MENJADI PENGALAMAN UTK TAHUN AKAN DATANG

5. ADIK BERADIK : KAK NANI DOAKAN SEMOGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

6. NURDYNIE : SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERTA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH. SEMOGA CEPAT MEMBESAR DAN BOLEH TOLONG MAMA BUAT KERJA RUMAH.

7. KAWAN-KAWAN YG MENGENALI : SEMOGA ALLAH MENAMBAHKAN LAGI REZEKI KAMU SEKELUARGA

8. DIRI SENDIRI : SEMOGA AKU SIHAT SELALU, SEMOGA AKU LEBIH TABAH DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN YG MENCABAR DAN CYBER INI. SEMOGA AKU DIMURAHKAN LAGI REZEKI. SEMOGA AKU BAHAGIA DI SAMPING SUAMI TERCINTA DAN BERSAMA BUAH HATIKU NURDYNIE ADNI

Thursday, December 1, 2011

dynie tak takut dengan ubat.

Posted by Adni Bakery at 11:16 PM 0 comments
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dynie tanpa cerewat dan tanpa segan silu makan ubat di dalam bekas penyukat ubat (bukan picagari yer) alhamdulilah.. syukur.. nikmat Allah. harap2 esok dan seterusnya dia x takut dgn ubat.

Alhamduillah, ayah kesayangku sudah selamat menjalani pemedahan mata sebelah kiri. Terima kasih kpd adik ku Syahida kerana tanpa dia, pemedahan tersebut tak dapat dijalankan. Maklumlaa.. personal driver kepada Ayah ku.. kih2 kih2...

Syukur alhamdulilah.. kepada adik ku Kamilah, panggilan manja elah.. jgn sedih2.. tak apa, xada rezeki .. peluang banyak lagi..perjalanan masih panjang lagi.. InsyaAllah dalam masa terdekat ini, carilah kerja yg sesuai dgn kerjaya.. kak nani doakan semoga berjaya..

adiku.. atifah.. InsyaAllah.. impian kamu akan tercapai dalam bulan 3 ini, cepat2 buat persediaan @ lain2, tapi kena bagitahu kat mak n ayah ttg berita ini. nantikan terkejut pulak.. selamat penganti baru.. dan selamat bershopping barang2 kawin..

adik laki ku amir.. sudah merdeka... guud luck.. dlm spm

ada lagi adik manja ku.. nama kak ah.. lama tak dengar berita.. bz ker? apa-apa pun jaga diri dan jg kesihatan.. bila ada masa kita berjumpa lagi..

Wednesday, November 16, 2011

Dynie kena cucuk utk setahun setengah

Posted by Adni Bakery at 7:27 PM 1 comments
Wahai anak ku Nurdynie Adni~~ mama & papa doakan dynie tak demam hari ini sebelum pg Klinik kesihatan. Ini appoinment kali ke 2 utk dynie di cucuk. Wahai anakku, jgn takut yer.. jgn menangis yer.. mama ada di sisi utk teman dynie yer~~

Dynie jgn takut makan ubat yer~~ sekarang dynie batuk, pagi tadi dynie tak boleh tido dari pukul 3.30 sampai pukul 6 coz batuk kuat, sampaikan muntah dan kaki terangkat menahan batuk, kesian mama tgk. mama & papa doakan dynie cepat sembuh yer sayang~~

Monday, November 14, 2011

Posted by Adni Bakery at 11:07 PM 0 comments
Doa memohon akhlak terbaik dan rezeki yang berkat

“Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.”

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)

“YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.”

Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan

“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan duka cita dengan mudah jika Engkau kehendaki.”

Doa ketika sesuatu penyakit merebak

“Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya.

“Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan

“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”

Doa ketika keluar dari rumah


“Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal kepada-Nya dan tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah”.


Doa untuk memudahkan sebarang urusan


“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”

Doa apabila melihat orang mendapat bencana

“Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan telah memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang.”

Doa ketika bangun dari tidur

“Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.”
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang bangun tidur di waktu malam, lalu membaca, Tiada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah. Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Kemudian, berdoa: “Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku. Maka dia diampuni.”

Doa ketika mengenakan pakaian

“Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripada-Nya tanpa daya dan kekuatan dariku.”

Doa ketika mengenakan pakaian baru

“Ya Allah, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepada-Mu untuk mendapat kebaikannya dan kebaikan yang ia ciptakan kerananya. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan yang ia ciptakan kerananya.”

Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat

“WAHAI Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat.” (Riwayat Abu Daud).

Doa anak untuk ibu bapa

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

selamat pagi

Posted by Adni Bakery at 6:27 PM 1 comments

Sunday, May 8, 2011

selamat hari lahir - Nurdynie Adni, 1 tahun

Posted by Adni Bakery at 11:44 PM 1 comments




Tuesday, April 12, 2011

dynie di usia 10 bulan

Posted by Adni Bakery at 7:01 PM 1 comments




 

Bermulalah Satu Kisah Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez